Friday, December 04, 2009

adakah ini sbg tanda peringatan dr Tuhan?






Gempa bumi...dulu gempa bumi tidak begitu popular kerana ianya jarang berlaku, tetapi kini...kita dapat lihat kerapnya kejadian gempa bumi ini terjadi di sekitar negara jiran kita...

30 November 2009,lebih kurang jam 2.30 petang terjadi lg gempa bumi berukuran 3.0 kala Richter di Kuala Pilah buat kali keempat! Daripada Kajian Jabatan Meteorologi kejadian gempa bumi ini dikuti pula pada jam 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang...gempa bumi itu berpusat di 22km timur Seremban...Gegaran dari gempa bumi ini turut dirasai oleh penduduk kawasan berkenaan, namun orang ramai tak perlu bimbang berikutan gegaran itu dikatakan lemah...

Kenapa hal ini boleh terjadi? Bagaimana agaknya kita dapat mengatasinya, walaupun kejadian ini tak berlaku di negara kita, tapi hal ini agak merisaukan...Adakah ini adalah sebahagian dari tanda-tanda dari Tuhan agar kita semua insaf dan sujud kepadanya dan jadikan ini sebagai satu iktibar bahawa dunia ini hanyalah pinjaman...Semoga negara kita dilindungi dari musibah ini...

No comments:

Post a Comment