Friday, December 04, 2009

adakah ini sbg tanda peringatan dr Tuhan?






Gempa bumi...dulu gempa bumi tidak begitu popular kerana ianya jarang berlaku, tetapi kini...kita dapat lihat kerapnya kejadian gempa bumi ini terjadi di sekitar negara jiran kita...

30 November 2009,lebih kurang jam 2.30 petang terjadi lg gempa bumi berukuran 3.0 kala Richter di Kuala Pilah buat kali keempat! Daripada Kajian Jabatan Meteorologi kejadian gempa bumi ini dikuti pula pada jam 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang...gempa bumi itu berpusat di 22km timur Seremban...Gegaran dari gempa bumi ini turut dirasai oleh penduduk kawasan berkenaan, namun orang ramai tak perlu bimbang berikutan gegaran itu dikatakan lemah...

Kenapa hal ini boleh terjadi? Bagaimana agaknya kita dapat mengatasinya, walaupun kejadian ini tak berlaku di negara kita, tapi hal ini agak merisaukan...Adakah ini adalah sebahagian dari tanda-tanda dari Tuhan agar kita semua insaf dan sujud kepadanya dan jadikan ini sebagai satu iktibar bahawa dunia ini hanyalah pinjaman...Semoga negara kita dilindungi dari musibah ini...

patutkah hal ini terjadi??








Pelajar sekolah bergaduh? Hal ni begitu membimbangkan semua ibubapa dan guru. Kita boleh lihat di zaman sekarang ni, Pelajar kita sangat bijak dalam melakukan apa pun, malah bergaduh di sekolah juga menjadi satu aktiviti yang kian aktif dan berleluasa.

Pergaduhan pelajar sekolah kini bukan hanya dipelopori oleh pelajar lelaki je, tetapi pelajar perempuan pun turut terlibat bergaduh sesama sendiri. malah lebih dahsyat...

Kenapa hal ini terjadi? Erm, Apa agaknya yang pelajar-pelajar ni mahukan? kurangkah pendidikan agama dan penerapan nilai moral dari ibubapa dan guru-guru kita? Bagaimanala nasib negara kita pada masa depan...Renung-renungkan, selamat mencari jalan penyelesaiannya...

Thursday, December 03, 2009

Gambar menarik lawatan ke Malaysia



Gambat menarik ketika lawatan ke Malaysia pada November 2009